ISRA' ertinya ialah Perjalanan Nabi
Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsha
di Pelestin dalam waktu yang sebentar.
Firman
Allah surah Al-Israa' ayat 1.
Yang
bermaksud: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah dialah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
MI'RAJ aertinya Perjalanan Nabi Muhammad
s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit
dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, yakni dari Masjidil Aqsha di
Palestin (Syam) naik ke atas melalui beberapa lapis yang bertingkat, terus
menuju Baitul Ma'mur dan ke Sidratul Muntaha, ke 'ARASY untuk menerima wahyu
Allah yang mengandung perintah solat lima waktu sehari semalamnya.
Firman
Allah surah Al-Israa' ayat 44.
Yang
bermaksud: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih
dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya
Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Peristiwa
ini menurut Jumhur Ulama terjadi pada tanggal
27
Rejab tahun ke sepuluh sebelum hijrah,
yakni setahun sebelum Nabi Muhammad s.a.w hijrah ke Madinah.
Hadis
Rasulullah s.a.w . Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Aku benar-benar pasti diriku berada di dalam Hijir, pada ketika
itu orang-orang Quraisy sibuk bertanya tentang perjalananku dalam peristiwa
Israk itu. Mereka bertanya aku berbagai perkara mengenai Baitulmuqaddis yang
kurang jelas pada ingatanku. Aku amat dukacita kerana aku belum pernah
mengalaminya sebelum ini. Lalu Allah memperlihatkan kepadaku dari jauh sehingga
aku mampu melihatnya. Walau bagaimana sekalipun bentuk pertanyaan yang diajukan
kepadaku, aku tetap dapat menceritakan kepada mereka dengan jelas. Aku
benar-benar pasti bahawa diriku berada dalam sekumpulan para nabi, aku melihat
Nabi Musa a.s sedang berdiri mengerjakan sembahyang, memangnya dia seorang
lelaki berbadan tinggi, kurus serta berambut kerinting, seakan-akan seorang
lelaki dari Kaum Syanu'ah. Aku juga melihat Nabi Isa bin Mariam a.s yang sedang
berdiri mengerjakan sembahyang, manakala orang yang paling mirip dengannya
ialah Urwah bin Mas'ud As-Saqafi. Selain dari itu aku juga melihat Nabi Ibrahim
a.s yang sedang berdiri mengerjakan sembahyang. Manakala Orang yang amat
menyerupainya adalah Sahabat kamu semua, maksudnya: Diri baginda sendiri.
Ketika masuk waktu sembahyang, aku mengimami mereka, setelah selesai dari
sembahyang ada suara memanggilku: Wahai Muhammad! Ini adalah Malik penjaga
Neraka, ucapkanlah salam kepadanya! Lalu aku menoleh kepadanya, ternyata dia
lebih dahulu mengucapkan salam kepadaku.
RIWAYAT
ISRAK DAN MI'RAJ
Nabi
Muhammad s.a.w waktu akan di Isra'kan oleh Allah s.w.t, Beliau sedang tidur di
Hijir Isma'il dekat Ka'abah, bersama-sama Hamzah pamannya dan Ja'afar bin Abi
Thalib. Dalam riwayat lain dinyatakan bahawa Beliau waktu itu sedang tidur di
rumah Ummi Hani binti Abi Thalib dan waktu itu datang Malaikat Jibril dan
Mika-il dan Malaikat lainnya. Kemudian para Malaikat itu membawa Nabi Muhammad
s.a.w ke Sumur Zamzam, untuk di belah dadanya dan dikeluarkan hatinya, lalu hatinya
itu di cuci dengan air Zamzam. Setelah bersih lalu di masukan kembali dengan di
penuhi
Ilmu,
Iman, hikmat dan kesabaran. Sesudah
itu baru dada Beliau di tangkupkan kembali. Walaupun pada hakikatnya kita tahu
Nabi Muhammad s.a.w, seorang yang sudah cukup sempurna segala-galanya, Beliau
seorang yang penuh mempunyai
Ilmu,
kesabaran dan kuat Imannya serta
menjadi sumber ke Islaman, tetapi kerana Beliau akan melaksanakan tugas
ketempat yang luar biasa, maka di tambah dengan bermacam-macam kesempurnaan dari
Allah s.w.t. Setelah selesai Nabi Muhammad s.a.w menjalani operasi pembersihan
jiwa, yakni di isi dengan Ilmu, Iman, Hikmat dll. Kemudian Malaikat Jibril
mempersilakan Beliau menaiki kenderaan yang telah tersedia yang di beri nama BURAQ.
Hadis
Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Malik bin Sokso'ah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berada di tepi Baitullah dalam keadaan
separuh tidur, tiba-tiba aku mendengar percakapan salah seorang dari tiga
lelaki iaitu yang berada di tengah-tengah. Lalu mereka menghampiri aku dan
membawa aku ke suatu tempat. Kemudian mereka membawa sebuah bekas daripada emas
yang berisi air Zamzam. Setelah itu dadaku dibedah hinggalah ke sini dan ke
sini. Qatadah berkata, aku telah bertanya kepada orang yang bersamaku: Apakah
yang baginda maksudkan? Beliau menjawab: Hingga ke bawah perut baginda. Baginda
terus bersabda lagi: Hatiku telah dikeluarkan dan dibersihkan dengan air
Zamzam, kemudian mereka meletakkannya kembali di tampat asal. Setelah itu diisi
pula dengan iman dan hikmah, lalu dibawa pula kepadaku seekor binatang
tunggangan berwarna putih yang dikenali sebagai Buraq, ia lebih besar dari
kaldai dan lebih kecil dari baghal. Ia mengatur langkahnya sejauh mata
memandang, sementara itu aku dibawa di atas belakangnya. Kemudian kami pun
memulakan perjalanan hingga sampai ke langit dunia, setelah itu Jibril a.s
meminta agar dibukakan pintunya, lalu ditanya: Siapa? Jawabnya: Jibril.
Kemudian ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Lalu Jibril menjawab: Muhammad
s.a.w. Lalu ditanya lagi: Adakah dia orang yang telah diutuskan? Jawabnya: Ya.
Sejurus kemudian malaikat yang menjaga pintu tersebut membuka pintu sambil
berkata: Selamat datang, sesungguhnya tetamu utama telah tiba. Lalu kami
mengunjungi Nabi Adam a.s. Hadis ini menceritakan kisah yang berlaku pada
ketika itu. Seterusnya diceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi
Isa a.s dan Nabi Yahya a.s di langit kedua, manakala di langit ketiga pula
baginda berjumpa dengan Nabi Yusuf a.s. Seterusnya di langit keempat bertemu
pula dengan Nabi Idris a.s. Setelah sampai di langit kelima baginda bertemu
pula dengan Nabi Harun a.s. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian kami
meneruskan perjalanan sehingga sampai di langit keenam, lalu aku menemui Nabi
Musa a.s dan memberi salam kepadanya. Beliau segera menjawab: Selamat datang
wahai saudara dan nabiku yang soleh. Semasa aku meningalkannya, beliau terus
menangis. Lalu beliau ditanya: Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Beliau
menjawab: Wahai Tuhanku! Engkau telah mengutus pemuda ini kemudian dari ku,
tetapi umatnya paling ramai memasuki Syurga berbading dengan umatku. Kami
meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai di langit ketujuh, lalu aku
mengunjungi Nabi Ibrahim a.s. Hadis ini menjelaskan bagaimana Rasulullah s.a.w
menceritakan bahawa baginda melihat empat batang sungai yang keluar dari
pangkalnya iaitu dua batang sungai yang jelas kelihatan dan dua batang sungai
yang samar-samar. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: Wahai Jibril! Sungai-sungai
apakah ini? Jibril menjawab: Dua batang sungai yang samar-samar itu merupakan
sungai Syurga, manakala yang jelas kelihatan adalah sungai Nil dan Furat.
Seterusnya aku dibawa naik ke Baitul Makmur, lalu aku bertanya: Wahai Jibril,
apakah ini? Lalu Jibril menjawab: Ini adalah Baitul Makmur, setiap hari tujuh
puluh ribu Malaikat akan memasukinya. Setelah mereka keluar, mereka tidak akan
memasukinya lagi kerana itu merupakan kali yang terakhir mereka memasukinya.
Kemudian dibawa pula kepadaku dua bekas yang satunya berisi arak dan satu lagi
berisi susu. Keduanya dihulurkan kepadaku lalu aku memilih susu. Maka dikatakan
kepadaku: Kamu membuat pilihan yang tepat! Allah menghendakimu dan umatmu dalam
keadaan fitrah iaitu kebaikan dan keutamaan. Kemudian difardukan pula kepadaku
sembahyang lima puluh waktu setiap hari kemudian diceritakan kisah seterusnya
hingga ke akhir Hadis
Hadis
Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna
putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari kaldai tetapi lebih kecil dari
baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya, ia
melangkah kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang sehinggalah sampai
ke Baitulmuqaddis.
PERJALANAN
NABI S.A.W DARI MEKAH KE BAITIL MAQDIS
Selanjutnya
mulailah perjalanan yang amat bersejarah. Tidak lama sampai lah Beliau di suatu
negeri bernama
Taibah.
Negeri Taibah ini
pada masa-masa lalu di zaman para Nabi terdahulu adalah merupakan sumber segala
ilmu pengetahuan. Akhirnya orang menyebut negeri ini dengan nama
Madinah
yang diertikan sebagai
Negeri
Sumber Segala Pengetahuan. Dikota
Madinah ini Beliau bersama Jibril turun dan melakukan solat dua raka'at.
Selanjutnya Beliau meneruskan perjalanan dan sesaat sampailah di
Syajarah
Musa, di tempat ini Beliau dan Jibril
melakukan solat sunnah dua raka'at. Selesai solat Beliau meneruskan perjalanan
yang tidak lama sampailah ke
Bukit
Tusina yaitu tempat Nabi Musa a.s menerima
wahyu dari Allah s.w.t. Di tempat ini Beliau turun dan melakukan solat dua
raka'at. Ini memberikan pelajaran kepada kita, bahawa apabila kita memasuki
masjid, hendaklah melakukan solat dua raka'at sebagai
solat
Tahiyyatal mesjid.
Perjalanan
di teruskan dan sampailah ke Baitul-Lahmi, tempat kota kelahiran Nabi 'Isa a.s.
Di Baitul-Lahmi inipun Beliau turun dan melakukan solat dua raka'at, kemudian
perjalan diteruskan dan tidak lama sampailah ke Baitul Maqdis. Di Baitul Maqdis
ternyata telah berkumpul para Nabi terdahulu, menantikan kedatangan Beliau. Di
Baitul Maqdis bersolat berjama'ah dengan para Nabi terdahulu sebagai Imam
solat.
Antara
peristiwa ganjil yang dihadapi oleh Rasullullah s.a.w sewaktu Isra' adalah
sebagai berikut:
1. Di ceritakan bahawa setelah selesai
bersolat, selanjutnya Beliau meneruskan perjalanan, akan tetapi tiba-tiba
datang jin 'Ifrit mengejar Beliau dengan obor dari belakang, dengan maksud
merintangi perjalanan Beliau. Lalu Beliau membaca do'a keselamatan perjalanan
yang di ajar oleh Malaikat Jibril, lalu terjerumus 'Ifrit dan terus hancur
binasa, maka selamatlah Beliau dari gangguan `Ifrit dan akhirnya sampai jugalah
ke Masjidil Aqsha di Palestin.
2.
Seterusnya dalam perjalanan, Beliau menyaksikan dengan sekelompok
manusia yang bercocok tanam dan seketika dapat di tuai (dipetik) hasilnya. Nabi
pun merasa hairan lalu bertanya kepada Jibril?....Jibril menjawab: Mereka adalah
ibarat umat tuan yang suka menginfaqkan harta bendanya untuk menegakkan kalimah
Allah, mensyi'arkan keagungan Allah dan beramal solih.
3.
Kemudian dalam perjalanan seterusnya Beliau mencium bau yang sangat
menyusuk hidung, Beliau bertanya Jibril?.... Jibril menjawab: Ini adalah bau Masyithah (Tukang gunting di istana Fir'aun)
sekeluarga yang merelakan diri mereka di ceburkan ke dalam belanga yang berisi
timah mendidih oleh Fir'aun lantaran keteguhan Iman mereka kepada Allah dan
tidak mengakui Fir'aun sebagai Tuhan.
4.
Selanjutnya dalam perjalanan itu Beliau melihat segulongan manusia
yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap
kemudian kepalanya utuh kembali, lalu dihancurkan semula, demikianlah
seterusnya. Nabi s.a.w lalu bertanya kepada Jibril?.. Jibril menjawab: Mereka
adalah perumpamaan segulongan umat tuan yang suka melengah-lengah
(mengulur-ulur) waktu solat, sampai akhirnya habis waktu yang di tentukan.
5.
Selanjutnya dalam perjalanan Beliau melihat orang-orang yang memakan
kayu berduri serta batu panas yang membara dari neraka Jahannam. Lalu Beliaupun
bertanya Jibril?..Jibril menjawab: Mereka adalah perumpamaan orang-orang yang
tidak mau mengeluarkan zakatnya. Jelas mereka termasuk orang yang menganiaya diri
sendiri.
6.
Selanjutnya dalam perjalanan Nabi s.a.w melihat segolongan manusia
yang masing-masingnya menghadapi dua buah mangkok, mangkok yang satu berisi
daging yang sudah dimasak dan yang satunya lagi berisi daging mentah. Akan
tetapi anehnya mereka lebih suka memakan daging yang mentah. Bertanya Nabi
s.a.w kepada Jibril?..Jibril menjawab: Mereka adalah gambaran diantara umat
yang senang berbuat zina. Mereka sebenarnya telah mempunyai isteri yang sah,
akan tetapi mereka senang melepaskan nafsu syahwatnya dengan perempuan lain
yani berzina. Demikianlah pula yang perempuan melacurkan dirinya.
7.
Selanjutnya dalam perjalanan Nabi s.a.w menyaksikan pula ada kayu
yang berduri melintang di tengah jalan. Sesiapa yang melaluinya pasti akan
ditarik dan dikaitnya sehingga pakaian akan koyak. Nabi s.a.w bertanya kepada
Jibril?...Dijawab oleh Jibril: Itulah suatu perumpamaan dari golongan umat yang
suka membuat kekacauan dan suka duduk-duduk ditepi jalan, sehingga menggangu
orang-orang yang melewati jalan itu.
8.
Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan orang-orang yang berenang dalam
sungai darah, lalu mereka di lempari dengan batu, akan tetapi kemudian
batu-batu itu mereka makan. Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril?..Dijawab oleh
Jibril: Mereka perumpamaan segolongan manusia yang suka memakan riba dan duit
haram.
9.
Tidak lama kemudian Nabi s.a.w menyaksikan seorang lelaki yang
memikul beban (kayu), tetapi tidak kuat berjalan, anehnya beban itu semakin
bertambah dan begitulah seterusnya sehingga orang itu kepayahan dan terseksa.
Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril?..Jawab Jibril: Dialah gambaran orang yang
suka menerima amanat orang lain tetapi tidak mau menunaikan (menyampaikannya)
kepada yang berhak.
10.
Selanjutnya dalam perjalanan itu Nabi menyaksikan orang-orang yang
memotong lidah dan bibirnya dengan gunting besi, seketika itu utuh kembali,
namun segera pula di gunting lagi, begitulah seterusnya, sehingga mereka merasa
penderitaan yang amat berat. Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril?..Jibril
menjawab: Mereka adalah perumpamaan dari golongan manusia yang suka memberi
nasihat kepada orang lain untuk membuat baik, tetapi ia sendiri tidak pernah
melakukan kebaikan seperti yang di nasihatkan kepada orang lain.
11.
Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan manusia yang tengah
mencakar-cakar wajahnya dan dadanya dengan kukunya sendiri yang telah berubah
menjadi kuku tembaga. Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril? Jawab Jibril: Mereka
adalah perumpamaan orang-orang yang suka menceritakan keaibpan (keburukan),
rahsia, kecacatan dan kejelekan orang lain, dengan membesar-besarkannya kepada
orang lain.
12.
Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan sekelompok manusia yang mempunyai
bibir seperti unta, lalu disuapkan bara kedalam mulutnya. Ini adalah contoh
bagi mereka yang memakan harta anak yatim dengan jalan salah.
13.
Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan saekor lembu besar keluar dari
lubang yang sangat sempit lalu ia berusaha untuk memasukinya kembali tetapi
tidak berjaya. Itu adalah contoh bagi mereka yang bercakap besar dan dusta,
lalu ia ingin menarik kembali percakapannya itu tetapi tidak berpeluang lagi.
14.
Menyaksikan sekelompok wanita yang di gantung buah dadanya sambil
mereka menjerit-jerit meminta pertolongan. Ini adalah gambaran wanita yang
menyusukan anak mereka hasil dari berzina dengan lelaki yang bukan suaminya.
15.
Menyaksikan sekelompok wanita yang di gantung rambutnya diatas api
neraka sehingga mendidih otak di kepalanya. Ini adalah gambaran balasan kerana
mereka tidak mahu menutup aurat di kepala dari di pandang lelaki yang bukan
mahramnya.
16.
Menyaksikan sekelompok wanita yang digantung lidahnya diatas api
neraka lalu dituangkan air panas ke dalam mulutnya. Ini adalah gambaran balasan
kerana mereka selalu menyakiti hati suaminya dan bercakap dengan suara yang
kasar serta tinggi.
Itulah
sebahagian riwayat-riwayat yang sering kita temui dalam kitab-kitab kisah Isra' Mi'raj yang meskipun oleh para Ilmu Agama
dikatakan bersumber dari keterangan yang lemah, namun yang jelas isinya
merupakan peringatan untuk kita berhati-hati di dalam kehidupan dunia.
PERJALANAN
NABI S.A.W DARI MASJIDIL AQSHA KE SIDRATIL MUNTAHA
Selanjutnya
mari kita telusi perjalanan Nabi Nuhammad s.a.w dari
Masjidil
Aqsha ke Sidratil Mustaha, yakni Mi'raj.
Sebagaimana telah di terangkan dalam huraian terdahulu, bahawa Nabi telah
bersolat berjama'ah bersama Nabi-nabi dan Nabi s.a.w memperolehi kehormatan
bertindak sebagai Iman solat. Setelah selesai solat bersama para Nabi, Beliau
keluar dari Masjidil Aqsha, kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada Jibril: Wahai
Jibril aku merasa haus. Jibril telah menyadiakan dua buah gelas, satu berisi
arak dan yang satu lagi berisi susu. Lalu Nabi pun memilih gelas berisi susu
dan meminumnya. Jibril pun berkata: Andai tuan memilih arak, maka niscaya akan
sesatlah ummat tuan.
Selanjutnya
Malaikat Jibril menyediakan tangga Mi'raj yang diambil dari syurga. tangga
Mi'raj itu di perbuat daripada emas dan perak berlapis mutiara. Melalui tangga
inilah dengan berkendaraan Buraq Nabi s.a.w, bersama Malaikat Jibril lalu naik
ke langit pertama yaitu langit dunia.
Ketika
Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah
engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril
a.s menjawab: Nabi Muhammad s.a.w. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah Nabi
Muhammad s.a.w telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, Beliau telah
diutuskan. Kemudian pintu langit pun dibuka, Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril
segera masuk ke langit pertama.
DI
LANGIT PERTAMA
Di
sini Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan
Nabi
Adam a.s, bapak seluruh umat manusia. Ketika Nabi
Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s, Beliau disambut serta Nabi Adam
a.s, mendoakannya dengan doa kebaikan. Pertemuan Nabi Muhammad s.a.w dengan
Nabi Adam a.s, di langit pertama ini sebenarnya merupakan suatu i'tibar,
apabila kita berniat akan memulakan perkerjaan atau perjalanan, hendaklah
terlebih dahulu kita datang kepada orang tua, yakni ayah dan ibu untuk memohon
do'a restu keduanya agar perkerjaan dan perjalanan itu memperolehi kejayaan
serta mendapat keselamatan. Kemudian perjalanan di teruskan, naiklah Nabi s.a.w
bersama Jibril kelangit kedua.
DI
LANGIT KEDUA
Dengan
iringan penghormatan serta sambutan yang baik dari penjaga langit kedua,
masuklah Nabi Muhammad s.a.w, bersama Jibril. Di langit yang kedua Nabi
Muhammad s.a.w bertemu dengan
Nabi
'Isa a.s dan Nabi Yahya a.s. Kedua
orang Nabi ini kemudian memberikan do'a restunya untuk keselamatan Nabi
Muhammad s.a.w. Kemudian naiklah Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril ke langit
yang ke tiga.
DI
LANGIT KETIGA
Sebagaimana
di langit pertama dan kedua, begitu juga sampai didepan langit ketiga. Setelah
selesai terjawab semua pertanyaan, di bukalah pintunya di sertai penghormatan
oleh penjaga langit itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di langit yang ketiga, Nabi
Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi
Yusuf a.s, yaitu seorang hamba Allah yang
memperolehi kurnia kecantikan paras wajahnya. Pertemuan antara Nabi Muhammad
s.a.w, dengan Nabi Yusuf a.s, di langit yang ketiga ini tidak ubahnya seperti
pertemuan dua saudara. Selanjutnya Nabi s.a.w bersama Jibril naik ke langit
yang ke empat.
DI
LANGIT KEEMPAT
Di
sini Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi
Idris a.s yang telah memperolehi kurnia tempat
yang tinggi dari Allah s.w.t. Pertemuan ini pun tak ubahnya seperti pertemuan
dua orang saudara yang telah lama berpisah. Perjalananpun di teruskan, Nabi
Muhammad s.a.w bersama Jibril terus naik ke langit yang ke lima.
DI
LANGIT KELIMA
Dengan
iringan penghormatan serta sambutan yang baik dari penjaga langit kelima,
masuklah Nabi Muhammad s.a.w, bersama Jibril. Di langit yang kelima, Nabi
Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi
Harun a.s. dengan penuh penghormatan. Pertemuan
inipun tidak ubah seperti pertemuan dua orang saudara, penuh mesra dan saling
hormat. Seterusnya Nabi s.a.w bersama Jibril naik ke langit yang ke enam.
DI
LANGIT KE ENAM
Di
langit ke enam ini Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s. Disini Nabi
Muhammad s.a.w menyaksikan suatu keanehan, sebab tiba-tiba saja Nabi Musa a.s
menangis tersedu-sedu. Apabila di tanyakan kepada Beliau..Beliaupun menjawab:
Kerana aku tidak mengira ada seorang Nabi yang di utus Allah sesudahku,
ummatnya akan lebih banyak yang masuk syurga dari ummatku. Kemudian perjalanan
di teruskan ke langit ketujuh.
Hadis
Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah
s.a.w telah menceritakan tentang perjalanan Israknya. Baginda bersabda: Nabi
Musa a.s berkulit sawa matang dan tinggi seperti seorang lelaki dari Kabilah
Syanu'ah. Manakala Nabi Isa a.s pula berbadan gempal, tingginya sederhana. Selain
dari itu baginda juga menceritakan tentang Malik penjaga Neraka Jahanam dan
Dajjal
DI
LANGIT KE TUJUH
Di
sini Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi
Ibrahim a.s,
disaat itu Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma'mur. Nabi s.a.w
di sambut dengan baik, penuh penghormatan seperti menyambut anak sendiri. Nabi
Ibrahim a.s sempat memberikan nasihat kepada Nabi Muhammad s.a.w . sebagai
berikut: Wahai Muhammad, aku nasehatkan agar engkau menyuruh ummatmu untuk
memperbanyak tanaman syurga. Nabi s.a.w bertanya: Apa-kah yang tuan maksud
dengan tanaman syurga itu?. Jawab Nabi Ibrahima a.s. Tanaman syurga ialah
ucapan : LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA
BILLAAHIL 'ALIYYIL 'ADZIIM atau
ucapan SUBHAANALLAAHI WAL HAMDULILLAAHI
WALAA ILAAHA ILLALLAAHU HUWALLAAHU AKBAR.
Perlu
di ketahui bahawasanya Baitul Ma'mur adalah masjid para Malaikat yang setiap
harinya tidak kurang dari 70,000 malaikat masuk kedalamnya dan apabila telah
keluar, tidaklah mereka mengulanginya lagi.
Tidak
lama kemudian Jibril menghidangkan tiga buah gelas, masing-masing berisi arak,
air susu dan madu, supaya Nabi s.a.w memilihnya manakah yang lebih disukainya.
Beliaupun memilih air susu, lalu di minumnya. Berkatalah Jibril: Benarlah
engkau ya Muhammad. Itulah lambang kesucian engkau. Demikian malaikat Jibril
mengatakan.
DI
SIDRATIL MUNTAHA
Di Sidratil Muntaha ini Nabi Muhammad s.a.w menyaksikan
keindahan panorama yang tiada bandingannya dan tidak terdapat di tempat manapun
apa lagi di dunia ini. Dalam satu kesempatan di Sidratul Mutaha, Nabi Muhammad
s.a.w sempat melihat, rupa Malaikat Jibril yang asli. Di sebut dalam satu hadis
yang di riwayat Bukhari dan Muslim bahawasanya Jibril mempunyai enam ratus
sayap. Selanjutnya Nabi Muhammad s.a.w di ajak oleh Malaikat Jibril menyaksikan
keindahan bengawan Al-Kautsar,
sampai ke depan pintu gerbang syurga
kemudian Beliau masuk ke syurga, di dalam syurga Beliau menyaksikan hal-hal
yang menghairankan, yang belum pernah Beliau saksikan sebelumnya, juga
mendengar suara-suara yang belum pernah Beliau mendengarnya, bahkan apa saja
yang menjadi kehendak hati seketika wujud. Kesemuanya itu disaksikan oleh Nabi
s.a.w di dalam syurga, bahkan Beliau sempat membaca tulisan yang terpampang di
pintu syurga sebagai berikut, yang ertinyat:
SEDEKAH
MEMPEROLEH PAHALA SEPULUH KALI LIPAT DAN MENGHUTANGI MEMPEROLEHI PAHALA DELAPAN
BELAS KALI LIPAT.
Bertanyalah
Nabi s.a.w kepada Jibril: Mengapakah pahala orang yang memberi hutang lebih
besar dari pada pahala orang bersedekah?. Jibril menjawab: Benar, sebab orang
yang di beri sedekah terkadang masih mempunyai persediaan hidup, sedangkan
orang yang berhutang sudah barang tentu dia sangat memerlukan, yakni tidak
mempunyai persediaan, sedangkan ia tidak sudi berbuat meminta-minta. Untuk
kesempurnaan pengetahuan Nabi s.a.w, diajak melihat keadaan melihat neraka, di
sisi Beliau meyaksikan bermacam-macam penyiksaan dan sebagainya. setelah
menyaksikan keadaan syurga dan neraka, kemudian Nabi s.a.w meneruskan
perjalanan naik ke Sidratul Muntaha sendirian tampa ditemani oleh Malaikat
Jibril, lantaran Jibril merasa berat untuk melangkah lebih tinggi lagi. Di
Sidratul Muntaha Beliau mendengar suara goresan pena penulis, yaitu kalam yang
menulis hukum-hukum Allah di Lauhul-Mahfuzh.
Seterusnya
Nabi Muhammad s.a.w diangkat naik setingkat lagi sampai ke 'Arasy disinilah Nabi s.a.w menerima perintah solat yang wajib di
laksanakan oleh Nabi s.a.w dan segenap ummatnya sebanyak lima puluh kali sehari
semalam. Dan akhirnya hanya tinggal lima waktu sehari malam setelah dinasihati oleh
Nabi Musa a.s dan diperkenankan oleh Allah.
Juga
di 'Arasy, Nabi Muhammad s.a.w, menerima beberapa khushushiyyah yang belum pernah diberikan kepada
para Nabi terdahulu. Mengenai beberapa khushushiyyah, yang disebut antara lain
sebagi berikut:
Nabi
s.a.w diberi oleh Allah : Surah Al-Fatihah dan akhir Surah Al-Baqarah dari ayat
AAMANAR RASUULU sampai kepada firmanNya FAN SHURNAA 'ALAL-QAUMIL KAAFIRIINA.
Allah
berfirman dalam surah Al-Fatihah.
Yang
bermaksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula
(jalan) orang-orang yang sesat.
Allah
berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 285 & 286. Yang bermaksud: Rasulullah
telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata):
"Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Nabi
s.a.w menerima Ilmu tentang:
1.
Islam
|
5.
Puasa Rammadhan
|
2.
Hijrah
|
6.
Amal Ma'ruf
|
3.
Jihad
|
7.
Nahyi Mungkar
|
4.
Sedekah
|
8.
Solat
|
Nabi
Muhammad s.a.w memperolehi darjat yang tertinggi, yaitu Asma Allah di sebutkan bersamaan dengan nama
Muhammad ( LAA-ILAAHA ILLALLAAHU,
MUHAMMADUR-RASUULULLAAH ) di
dalam azan, tasyahhud dan lain-lainnya
*
Nabi Muhammad s.a.w juga menerima sebutan (gelar).... HABIBULLAH dan SAYYIDUL AWWALIINA
WAL AKHIRIINA .
Setelah
Nabi Muhammad s.a.w melakukan tugas perjalanan Isra' dan Mi'raj, dengan membawa
perintah solat lima waktu sehari semalam, maka Beliau turun sampai ke Masjidil Haram di Mekah. Beliau datang di Mekah sebelum
subuh. Keesokan harinya Beliau menceritakan peristiwa Isra' dan Mi'raj yang
dialaminya semalam kepada Abu Jahal dan segenap kaumnya. Kaum Quraisy amat
gembira mendengar cerita Nabi s.a.w ini, kerana menjadikan bukti yang jelas,
akan kedustaan dan kepalsuan seruan Nabi Muhammad s.a.w. Cerita ini yang
menurut mereka amat berlebih-lebihan dan melampaui batas ini akan menjadi sebab
yang dapat menjauhkan orang dari Nabi Muhammad s.a.w. dan orang yang masih
ragu-ragu akan segera meninggalkan Nabi s.a.w dan tidak akan memikirkan lagi
untuk mengikui dan menerima agamanya. Dugaan kaum Quraisy meleset, hal ini
ternyata, utusan yang dikirim kaum Quraisy kepada Abu Bakar As-Shiddiq
menyampaikan pertanyaan: Abu Bakar, dapatkah engkau mempercayai dan membenarkan
Muhammad yang mengatakan ia baru saja pergi ke Baitul Maqdis dan dari sana ia
terus naik ke langgit yg ke tujuh, lalu pada malam itu juga ia kembali ke
Mekah?..Pertanyaan ini dijawab oleh Abu Bakar dengan tegas. Kalau memang Beliau
menyatakan demikian, benarlah ia dan pun percaya.
Utusan
Quraisy mengulangi pertanyaan: Apakah engkau membenarkan hai Abu Bakar?. Dengan
tegas Abu Bakar menjawab: Aku membenarkan dan aku yakin dan percaya. Dengan
jawaban Abu bakar yang demikian mereka kecewa dan memfitnah Nabi Muhammad s.a.w
dan menuduhnya sebagai seorang pendusta, gila dan lain sebagainya. Dengan
demikian kita dapat memgambil kesempulan, bahawa sejak dahulu hingga sekarang
kaum muslimin telah yakin dan percaya serta beriman terhadap peristiwa Isra'
dan Mi'raj. Sebagai penutup marilah kita berdo'a semoga Allah s.w.t selalu
berkati, melindungi kita dan mudah-mudahan kita senantiasa di bawah naungan
keredhaan Nya.
0 Comment